Monday, 11 December 2017
SELAMAT BERCUTI

PENGETUA

Gambar potrait baru

CIK HJH. NOREHA BINTI HAILANI

GALLERI

A+ R A-

Sekapur Sireh

  • Category: smkbu
  • Published: Friday, 25 November 2016 09:56
  • Written by Super User

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia. Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya  jua dapat saya merakamkan hasrat dan bicara buat guru-guru SMK Batu Unjur bagi sesi 2017.

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa Buku Pengurusan Sekolah yang telah berjaya menyediakan Buku Pengurusan Sekolah sesi 2017.

Besarlah harapan saya agar guru-guru dapat memanfaatkan buku ini dalam menjalankan tugas sepanjang  tahun 2017. Hal yang demikian ini kerana  2017  merupakan tahun kelima  kita  menempuh gelombang  Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan merupakan tahun kedua dalam Gelombang 2 (2016-2020).  Selaras dengan PPPM maka menjadi keutamaan agar setiap murid berupaya bersaing pada peringkat global melalui 6 aspirasi murid. Sehubungan dengan itu,  Kelas Abad 21 hendaklah giat dipraktikkan dari semasa ke semasa bagi melonjakkan keberhasilan murid bertaraf dunia melalui seperti Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang menggunakan alat berfikir i-Think, pembelajaran maya, kolaborasi dan lain-lain mestilah terus ditingkatkan. Kesinambungan daripada tahun lepas, beberapa orang guru juga  dilantik untuk menjadi Jurulatih Utama (JU) bagi setiap mata pelajaran bagi memantapkan perlaksanaannya.  Seiring dengan itu, pembelajaran dan pemudahcaraan PdPc secara maya menggunakan Teknologi Komunikasi dan Maklumat(TMK) seperti “VLE Frog” dan penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar diharapkan akan menjadi amalan setiap guru SMKBU. Lebih-lebih lagi semua guru telah dibekalkan dengan sebuah ‘smartphone Altitude Yes’ dengan data plan secara percuma sebanyak 4GB daripada pihak Kementerian Pendidikan dengan kerjasama pihak YTL Communication Sdn.Bhd. untuk tujuan aktiviti PdPc dalam bilik darjah.  Oleh itu, marilah kita berganding bahu dalam mengharungi cabaran arus gelombang PPPM agar berjaya merealisasikannya.

Dengan yang demikian, diharap semua warga sekolah dapat menghayati  dan berusaha gigih bagi merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran selari dengan visi dan misi kementerian bak kata pepatah di mana ada kemahuan di situ ada jalan . Dalam pada itu, demi kecemerlangan profesion perguruan,  guru-guru disarankan menyempurnakan tugasan yang diamanahkan berpandukan Arahan Pentadbiran, Persekitaran Berkualiti 5S, Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) dan mengikut piawaian Standard Kualiti Pendidikan Malaysia yang baru mulai 2017  (SKPMg2). Melalui SKPMg2 ini antara peranan yang terkini ialah guru-guru dikehendaki membuat penilaian kendiri Standard 4 iaitu standard PdPc untuk  memastikan potensi murid diperkembangkan secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum dan berterusan. Sama-samalah kita berusaha dengan gigih, ikhlas  dan berdoa kepada Tuhan agar SMK Batu Unjur terus unggul dalam mencapai pendidikan berkualiti tinggi selari dengan slogan sekolah Kualiti Teras Keunggulan.

Sekian, terima kasih.

Hjh. Noreha Binti Hailani,

Pengetua SMK Batu unjur.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”