Monday, 11 December 2017
SELAMAT BERCUTI

PENGETUA

Gambar potrait baru

CIK HJH. NOREHA BINTI HAILANI

A+ R A-

Sejarah Sekolah

  • Category: smkbu
  • Published: Tuesday, 03 January 2017 00:43
  • Written by Super User

Latar Belakang Penubuhan

SMK Batu Unjur (SMKBU), Klang yang merupakan wadah ilmu anak-anak watan di kawasan Bukit Tinggi, Klang telah dibina pada tanggal 1999. Sekolah tersebut telah mula beroperasi pada 1 Disember 2004. Sekolah ini mempunyai  5 buah bangunan utama iaitu blok A, B, C, D dan E dengan keluasan tanah kira-kira 15.9 ekar. Disamping itu, 36 buah kelas disediakan untuk kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

Jumlah murid pada tahun 2016 seramai 2259 orang. Sesungguhnya, tenaga pengajar yang berkhidmat di sekolah ini sentiasa memberikan komitmen dan kesungguhan yang tidak berbelah bagi untuk memacu para murid ke mercu kejayaan. Kakitangan sekolah terdiri daripada Pengetua, 5 orang Penolong kanan, 4 orang guru kanan mata pelajaran, 5 orang kaunselor dan 12 orang guru serta 16 orang staf sokongan.

Nama sekolah ini diambil sempena nama kawasan sekolah ini yang terletak di Batu Unjur, Klang.  Sekolah ini dibina untuk menampung pertambahan bilangan murid di Bukit Tinggi dan kawasan sekitarnya seperti Taman Bayu Perdana dan Taman Botanik.

Menyusuri tampuk pentadbiran pula, SMKBU diterajui dan dikemudi oleh Pengetua pertama, Pn. Hjh. Siti Zaiton Binti Selamat.  Sepanjang perkhidmatannya banyak idea yang telah digarapkan oleh beliau demi melahirkan modal insan yang mampu menguasai ilmu dan kemahiran tinggi, menjunjung nilai budaya bangsa dan memiliki semangat patriotism yang utuh. Beliau berpegang kepada prinsip bahawa modal insan merupakan aset yang boleh disuntik nilai tambah dan ditingkatkan nilai intelek serta diperkaya dengan modal budaya .  Selepas itu, SMK Batu Unjur diterajui oleh Pengetua Cemerlang Pn. Hjh Zainon Binti Kasim A.M.N, Pn. Hjh Alijah Binti Md. Dom dan kini diterajui oleh Cik Hjh. Noreha Binti Hailani.

Sepanjang 12 tahun beroperasi, sekolah  sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Banyak perubahan dari semasa ke semasa dilakukan bagi memantapkan pengurusan sekolah terutamanya dari segi prasarana sekolah seperti kemudahan perkhidmatan perpustakaan, internet dan kemudahan kelas komputer.  Persekitaran sekolah juga berubah wajah menjadi lebih ceria dan kondusif melalui Program Persekitaran Berkualiti 5S yang telah dijalankan.

Kerjasama dan semangat kerja berpasukan dan rasa sepunya daripada semua pihak perlu dikekalkan demi untuk mencapai kemajuan dan matlamat yang direncanakan.  Semoga SMKBU terus mengorak langkah ke hadapan dan mencapai kejayaan yang gemilang.