Sunday, 23 September 2018
SELAMAT DATANG KE SMK BATU UNJUR.....MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN DI DEWAN PADA 2.30 petang

PENGETUA

Gambar potrait baru

CIK HJH. NOREHA BINTI HAILANI

A+ R A-

Sejarah Sekolah

  • Category: smkbu
  • Published: Tuesday, 03 January 2017 08:43
  • Written by Super User

Latar Belakang Penubuhan

SMK Batu Unjur (SMKBU), Klang yang merupakan wadah ilmu anak-anak watan di kawasan Bukit Tinggi, Klang telah dibina pada tanggal 1999. Sekolah tersebut telah mula beroperasi pada 1 Disember 2004. Sekolah ini mempunyai  5 buah bangunan utama iaitu blok A, B, C, D dan E dengan keluasan tanah kira-kira 15.9 ekar. Disamping itu, 36 buah kelas disediakan untuk kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

Jumlah murid pada tahun 2016 seramai 2259 orang. Sesungguhnya, tenaga pengajar yang berkhidmat di sekolah ini sentiasa memberikan komitmen dan kesungguhan yang tidak berbelah bagi untuk memacu para murid ke mercu kejayaan. Kakitangan sekolah terdiri daripada Pengetua, 5 orang Penolong kanan, 4 orang guru kanan mata pelajaran, 5 orang kaunselor dan 12 orang guru serta 16 orang staf sokongan.

Nama sekolah ini diambil sempena nama kawasan sekolah ini yang terletak di Batu Unjur, Klang.  Sekolah ini dibina untuk menampung pertambahan bilangan murid di Bukit Tinggi dan kawasan sekitarnya seperti Taman Bayu Perdana dan Taman Botanik.

Menyusuri tampuk pentadbiran pula, SMKBU diterajui dan dikemudi oleh Pengetua pertama, Pn. Hjh. Siti Zaiton Binti Selamat.  Sepanjang perkhidmatannya banyak idea yang telah digarapkan oleh beliau demi melahirkan modal insan yang mampu menguasai ilmu dan kemahiran tinggi, menjunjung nilai budaya bangsa dan memiliki semangat patriotism yang utuh. Beliau berpegang kepada prinsip bahawa modal insan merupakan aset yang boleh disuntik nilai tambah dan ditingkatkan nilai intelek serta diperkaya dengan modal budaya .  Selepas itu, SMK Batu Unjur diterajui oleh Pengetua Cemerlang Pn. Hjh Zainon Binti Kasim A.M.N, Pn. Hjh Alijah Binti Md. Dom dan kini diterajui oleh Cik Hjh. Noreha Binti Hailani.

Sepanjang 12 tahun beroperasi, sekolah  sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Banyak perubahan dari semasa ke semasa dilakukan bagi memantapkan pengurusan sekolah terutamanya dari segi prasarana sekolah seperti kemudahan perkhidmatan perpustakaan, internet dan kemudahan kelas komputer.  Persekitaran sekolah juga berubah wajah menjadi lebih ceria dan kondusif melalui Program Persekitaran Berkualiti 5S yang telah dijalankan.

Kerjasama dan semangat kerja berpasukan dan rasa sepunya daripada semua pihak perlu dikekalkan demi untuk mencapai kemajuan dan matlamat yang direncanakan.  Semoga SMKBU terus mengorak langkah ke hadapan dan mencapai kejayaan yang gemilang.

sekolah smkbu

Sekapur Sireh

  • Category: smkbu
  • Published: Friday, 25 November 2016 17:56
  • Written by Super User

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia. Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya jua dapat saya merakamkan hasrat dan bicara buat guru-guru SMK Batu Unjur bagi sesi 2018. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa Buku Pengurusan Sekolah yang telah berjaya menyediakan Buku Pengurusan Sekolah sesi 2018. 

Besarlah harapan saya agar guru-guru dapat memanfaatkan buku ini dalam menjalankan tugas sepanjang tahun 2018. Hal yang demikian ini kerana 2018 merupakan tahun ke enam kita menempuh gelombang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan merupakan tahun ketiga dalam Gelombang 2 (2016-2020). Selaras dengan PPPM maka menjadi keutamaan agar setiap murid berupaya bersaing pada peringkat global melalui 6 aspirasi murid. Sehubungan dengan itu, Kelas Abad 21 hendaklah giat dipraktikkan dari semasa ke semasa bagi melonjakkan keberhasilan murid bertaraf dunia melalui seperti Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang menggunakan alat berfikir i-Think, pembelajaran maya, kolaborasi dan lain-lain mestilah terus ditingkatkan. Kesinambungan daripada tahun lepas, beberapa orang guru juga dilantik untuk menjadi Jurulatih Utama (JU) bagi setiap mata pelajaran bagi memantapkan perlaksanaannya. Seiring dengan itu, pembelajaran dan pemudahcaraan PdPc secara maya menggunakan Teknologi Komunikasi dan Maklumat(TMK) seperti “VLE Frog” dan penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar diharapkan akan menjadi amalan setiap guru SMKBU. Lebih-lebih lagi semua guru telah dibekalkan dengan sebuah ‘smartphone Altitude Yes’ dengan data plan secara percuma sebanyak 4GB daripada pihak Kementerian Pendidikan dengan kerjasama pihak YTL Communication Sdn.Bhd. untuk tujuan aktiviti PdPc dalam bilik darjah. Oleh itu, marilah kita berganding bahu dalam mengharungi cabaran arus gelombang PPPM agar berjaya merealisasikannya. 

Dengan yang demikian, diharap semua warga sekolah dapat menghayati dan berusaha gigih bagi merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran selari dengan visi dan misi kementerian bak kata pepatah di mana ada kemahuan di situ ada jalan . Dalam pada itu, demi kecemerlangan profesion perguruan, guru-guru disarankan menyempurnakan tugasan yang diamanahkan berpandukan Arahan Pentadbiran, Persekitaran Berkualiti 5S, Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) dan mengikut piawaian Standard Kualiti Pendidikan Malaysia yang baru mulai 2017 (SKPMg2). Melalui SKPMg2 ini antara peranan yang terkini ialah guru-guru dikehendaki membuat penilaian kendiri Standard 4 iaitu standard PdPc untuk memastikan potensi murid diperkembangkan secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum dan berterusan. Sama-samalah kita berusaha dengan gigih, ikhlas dan berdoa kepada Tuhan agar SMK Batu Unjur terus unggul dalam mencapai pendidikan berkualiti tinggi selari dengan slogan sekolah Kualiti TerasKeunggulan. Sekian, terima kasih. 

 

Hjh. Noreha Binti Hailani, 

Pengetua SMK Batu unjur. 

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” 

Warga SMKBU

  • Category: smkbu
  • Published: Friday, 25 November 2016 17:56
  • Written by Super User
Pentadbir Guru-Guru Staff Sokongan