Monday, 11 December 2017
SELAMAT BERCUTI

PEN. KANAN HEM

PEN.KANAN TEKNIK VOKASIONAL

PN.SALMAH BINTI MOKNI

A+ R A-

Disiplin

  • Category: HEM
  • Published: Sunday, 27 November 2016 11:19
  • Written by Super User

banner disiplin

 

1. Kehadiran Sekolah.

1.1. Waktu persekolahan bermula pada pukul 7:00 pagi. Murid-murid dikehendaki berada dalam kelas masing-masing pada pukul 6:55 pagi.
1.2. Kehadiran di sekolah dan dalam kelas adalah wajib dan mana-mana murid yang ponteng sekolah/kelas akan dikenakan tindakan disiplin. (Pek. Ikt. Bil. 6/95)
1.3. Kehadiran diambil pada waktu pertama oleh guru tingkatan dan juga pada setiap waktu pengajaran oleh guru-guru subjek.
1.4. Murid-murid yang tidak dapat hadir oleh sebab-sebab tertentu hendaklah memberitahu pihak sekolah melalui surat ibubapa/penjaga atau Surat Akaun Doktor/pegawai kesihatan.
1.5. Murid-murid yang tidak dapat mengikuti latihan jasmani atau sukan hendaklah membuktikan dengan mengemukakan Surat Akaun Doktor atau Surat Ibubapa/Penjaga.
1.6. Kelas-kelas Tambahan/Gantian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan biasa dan wajib dihadiri.
1.7. Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah semasa waktu persekolahan. Mereka yang hendak keluar dari kawasan sekolah hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengetua atau guru-guru yang telah diberi kuasa oleh Pengetua.
1.8. Murid-murid yang hendak ke klinik hendaklah mendapat kebenaran keluar daripada Pengetua atau pegawai-pegawai yang telah diberi kuasa untuk memberi kebenaran. Murid-murid berkenaan hendaklah pulang segera ke sekolah/rumah masing-masing setelah mendapat rawatan dan menunjukkan kad/surat yang telah ditandatangani oleh pegawai perubatan apabila balik ke sekolah.
1.9. Murid yang memerlukan rawatan perubatan harus mendapat kebenaran bertulis/surat pengesahan daripada Pengetua atau pegawai-pegawai yang telah diberi kuasa sebelum keluar dari kawasan sekolah.
1.10. Selepas mendapat kebenaran, murid dikehendaki mencatat nama dan butir-butir yang diperlukan di dalam buku pergerakan murid yang disimpan di pejabat sekolah. Sebelum keluar dari kawasan sekolah, murid hendaklah memberitahu guru tingkatannya/guru subjek.
1.11. Murid yang hendak keluar ke tandas atau ke lain tempat hendaklah mendapat kebenaran daripada guru yang mengajar pada masa itu dan bawa bersamanya kad kebenaran keluar.
1.12. Murid-murid yang tidak mengambil matapelajaran pilihan hendaklah berada di tempat yang disediakan untuk belajar persendirian.
1.13. Murid yang sakit dan ingin balik ke rumah hendaklah memohon kebenaran daripada pengetua atau mana-mana pegawai yang telah diberi kuasa untuk memberi kebenaran. Murid hanya dibenarkan balik sekiranya ibu bapa atau penjaga datang untuk mengambilnya dari sekolah.
1.14. Semua murid hendaklah terlibat aktif dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani dan kesihatan, kecuali terdapat laporan kesihatan daripada doktor yang mengesahkan dia tidak boleh terlibat.
1.15. Murid yang mendaftar untuk mana-mana kegiatan kokurikulum dan menjadi ahli kegiataan tersebut hendaklah hadir semasa aktiviti tersebut diadakan.

2. Pakaian Seragam.

2.1. Pakaian seragam Murid Lelaki:
a. Seluar panjang/pendek warna hijau gelap.
b. Baju putih lengan pendek/panjang.
c. Kasut kanvas putih. (Pek. Ikt. Bil. 8/85)
d. Setokin putih. (-sda-)

2.2. Pengawas:
a. Pengawas lelaki memakai pakaian seragam biasa dan bertali leher.
b. Pengawas perempuan memakai pakaian seragam biasa/pengawas dan bertali leher atau bertudung biru muda bagi pengawas perempuan Islam.

2.3. Pakaian seragam murid perempuan bukan Islam.
a. Pinafore.
b. Kasut putih.
c. Setokin putih.

2.4 Pakaian seragam murid-murid perempuan Islam.
a. Baju kurung potongan tradisional, leher teluk belanga, warna putih.
b. Memakai kain sarung.
c. Memakai kain tudung kepala dengan syarat kain tudung itu berwarna putih, berbentuk tiga segi dua sama dan berukuran sesuai dengan murid yang memakainya.
d. Memakai kain tudung kepala berbentuk mini telekung berwarna putih.

2.5 Pemakaian lencana sekolah dan tanda nama adalah diwajibkan untuk semua murid. Lencana dan nama hendaklah dipakai di sudut kiri bahagian atas dada atau di atas saku baju.
2.6 Murid-murid dibenarkan memakai tali pinggang; warna hitam atau coklat, lebar di antara 2.5 cm/ 3 cm, kepala sama besar dengan tali pinggang, tanpa haisan.
2.7 Murid-murid dilarang sama sekali menggunakan alat solek dan barang-barang kemas atau perhaisan tiruan.
2.8 Pakaian seragam hendaklah dipakai semasa hari persekolahan, waktu menghadiri kelas atau aktiviti sekolah atau mengikuti rombongan kecuali dibenarkan oleh Pengetua. Pakaian seragam wajib dipakai semasa peperiksaan.
2.9 Murid-murid dilarang memakai selipar ke sekolah, walaupun hari hujan.

3. Pakaian Pendidikan Jasmani (Bil. 12/78)

3.1. Murid-murid lelaki dan perempuan dikehendaki memakai baju T sekolah/ pakaian yang sesuai yang lain daripada pakaian seragam sekolah ketika matapelajaran Pendidikan Jasmani atau menyertai kegiataan kumpulan: pakaian hendaklah sesuai bagi membolehkan murid-murid bergerak dengan bebas dan selesa dan yang dapat meresap peluh.
3.2. Murid-murid perempuan dibenarkan memakai seluar panjang waktu bermain atau menjalankan Pendidikan Jasmani.
3.3. Murid-murid tidak dibenarkan memakai cermin mata yang berwarna gelap atau berbentuk luar biasa.