Wednesday, 15 August 2018
SELAMAT DATANG KE SMK BATU UNJUR.....SUKAN SEKOLAH PADA 30.03.2018. SEMUA PELAJAR DIKEHENDAKI BERPAKAIAN SUKAN. BERMULA PADA PUKUL 7.30 DI PADANG SMKBU

Blogger's

haddijah

HADIJAH

anandhini

ANANDHINI

armand

ARMAND

fikri

FIKRI

preeshambal

PREESHAMBAL

sarvesh

SARVESH

Tanjiaming

TAN JIA MING

thenmoly

THENMOLY

Menu English

A+ R A-

SISTEM NOMBOR PERDUAAN

  Sistem Nombor Perduaan

  Isyarat elektrik boleh wujud dalam keadaan Off dan On .Data diwakilkan dalam komputer sebagai isyarat elektrik dengan menggunakan digit 0 untuk Off dan digit 1 untuk On.Komputer melihat semua data sebagai satu siri nombor perduaan.Semua data yang diproses oleh komputer perlu ditukarakn kepada format nombor perduaan.

 Litar dalam suatu pemprosesan komputer dibentuk daripada berjuta-juta transistor.Transistor ialah suis halus yang diaktifkan oleh isyarat elektronik yang diterima.Perwakilan data dalam bentuk digit 0 untuk Off dan 1 untuk On adalah gambaran Off dan On transistor.

 Suatu program komputer adalah satu set arahan.Pengatur cara menuliskan kod komputer yang terdiri daripada set arahan .Setiap set arahan akan diterjemahkan kepada kod mesin yang menggunakan kod nombor perduaan supaya unit pemprosesan dapat melaksanakannya.Sebagai contoh,perisisan,muzik,dokumen dan maklumat yang diproses oleh komputer disimpan dalam bentuk nombor perduaan.